Thursday 4 December 2014

Merancang Kewangan Keluarga





Pengurusan kewangan keluarga, memerlukan kerjasama dan persefahaman padu antara isteri dan suami. Kedua-dua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk mencapai matlamat kewangan yang stabil dan mantap. Berikut merupakan beberapa langkah yang perlu diberi perhatian:-

1.   Sediakan dana kecemasan. Dana kecemasan merujuk kepada peruntukkan untuk  apa-apa musibah/kemalangan yang tidak diingini. Biasanya, anda perlu mempunyai dana kecemasan sebanyak tiga hingga enam bulan perbelanjaan bulanan anda. 

2.   Kemudian, baru wujudkan wang simpanan. Tidak kira dalam jumlah yang kecil atau besar, pastikan anda menyimpan secara konsisten. Anda boleh bermula dengan RM50 sebulan (lebih banyak lebih bagus), kemudian tambahkan jumlah simpanan anda pada tahun-tahun berikutnya. Sekurang-kurangnya menyimpan 10% dari gaji bulanan yang diperolehi. 




3. Setelah kewangan keluarga agak kukuh,boleh lah anda memulakan pelaburan.Mungkin boleh memcuba pelaburan yang kurang berisiko.


4.   Elakkan pembaziran. Utamakan barang-barang keperluan dari kehendak. Sebagai contoh, anda tidak perlu membeli barangan bayi yang berjenama mahal jika jenama yang sederhana atau murah mampu memenuhi keperluan si comel.  

5.  Plan bajet, tulis dan patuhinya!  Anda perlu berdisiplin dalam berbelanja dan merancang bajet yang bijak. Jika tidak membuat bajet, besar kemungkinan anda akan mengalami kesukaran menguruskan kewangan sendiri dan keluarga.

6.   Elakkan emosi semasa membuat keputusan berkaitan kewangan. Perkara ini tidak dapat dinafikan terutamanya apabila anda mempunyai wang lebihan (contohnya mendapat bonus). Macam-macam perkara yang akan terlintas difikiran anda. Sekiranya anda mendapat wang lebih, pastikan anda menyimpan sebahagian daripadanya dan selebihnya digunakan untuk melangsaikan hutang sedia ada.    


7.   Libatkan si kecil. Sering kali, ibu bapa tersalah anggap bahawa anak kecil tidak mampu memahami konsep kewangan. Tanggapan ini tidak tepat kerana sedar atau tidak, biasanya si kecil memang tahu meniru cara dan kelakuan ibu bapa mereka. Oleh itu, libatkanlah anak-anak dalam hal-hal kewangan anda. Salah satu cara mudah yang boleh dilakukan ialah dengan membawa anak-anak ketika menjalankan transaksi kewangan. Contohnya, bawa anak-anak bersama apabila anda pergi ke bank. Dengan cara ini, anda dapat membentuk tabiat menabung dan menyimpan daripada usia muda lagi.

         


No comments:

Post a Comment