Tuesday 2 December 2014

Biduk Lalu Kiambang Bertaut


Berapakah usia perkahwinan anda??? Adakah masih hangat atau semakin hambar???Biarpun sibuk menguruskan kerjaya tetapi jangan sesekali abaikan kebahagiaan keluarga.Terus bersemangat membarakan hubungan anda sekeluarga agar kekal harmoni dan bahagia hingga ke akhir hayat.

Tetapi semuanya memerlukan usaha, doa dan tawakal. Beberapa idea berikut mungkin boleh membantu anda:-

1.Berjemaah

--->Solat berjemaah. Berdoa meminta kepada Allah agar memelihara hubungan anda dan pasangan serta anak – anak dikurniakan kebahagiaan.

--->Makan bersama.Jadikan ia rutin dan peraturan keluarga. Semua ahli keluarga wajib makan bersama di meja makan. Anak-anak pasti seronok dapat makan bersama ibu dan ayah.

--->Bermain bersama. Jangan sesekali berkata ‘tidak’ sekiranya si manja mengajak anda bermain bersama. Tidak salah pun jika ayah melayan anak perempuan yang mengajak bermain masak-masak.Pasti menyeronokkan & mengeratkan ikatan ayah & anak.

--->Raikan majlis istimewa bersama. Meraikan kegembiraan bersama orang tersayang tentu lebih bermakna. Tidak kira sama ada anda meraikan secara sederhana di rumah ataupun besar-besaran di luar. Apa yang penting masa berkualiti dihabiskan bersama keluarga.

--->Beriadah bersama. Selain sihat ia juga dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.

--->Baca buku bersama. Anak-anak akan duduk diam sekiranya anda membacakan mereka buku cerita. Selain dapat menanamkan minat membaca, mereka pasti sentiasa mengingati momen ibu dan ayah membacakan mereka buku cerita sebagai waktu terindah di zaman kanak-kanak.

2.Sentiasa mengambil tahu aktiviti seharian ahli keluarga. Keprihatinan yang ditunjukkan membuatkan ahli keluarga terasa disayangi.

3.Jangan lupa mengucapkan kata-kata sayang kepada ahli keluarga. Ucapkan ‘mama sayang adik’ atau ‘sayang cintakan abang’ setiap hari. Dengan cara ini pasti ikatan kekeluargaan bertambah utuh dan manis selamanya.

4.Pelukan dan ciuman juga mampu mengeratkan hubungan kekeluargaan. Jika sudah lama tidak memberikan pelukan kepada suami atau isteri dan anak-anak, segera lakukan!Luangkan beberapa saat setiap hari untuk mendakap mereka dengan penuh kasih saying.

5.Sentiasa mengucapkan kata-kata maaf setiap kali melakukan kesalahan dengan pasangan atau anak-anak kerana ia adalah kunci kebahagiaan.

‪#‎Jadikan‬ masa hujung minggu sebagai waktu paling berharga untuk anda sekeluarga#

No comments:

Post a Comment