Thursday 18 December 2014

Susah bawa baby keluar berjalan??

Anda atau kenalan anda ada masalah membawa si kecil keluar berjalan2 atau makan2 di restoren?

Ohya Bayi Cruiser bermanfaat untuk membawa si kecil anda di bahagian depan atau belakang serta sesuai untuk kebanyakan kerusi di restoren tanpa perlu bimbang tentang sama ada restoran mempunyai tempat duduk khas untuk bayi







Wassap 0132987480

Wednesday 17 December 2014

Penyusuan yang ‘simpe’ tapi 'power' untuk ibu-ibu muda

Asas-asas penyusuan si comel yang boleh diamalkan oleh ibu-ibu:-

1.Kerap perah atau pam

Pengeluaran susu badan kita adalah mengikut konsep 'Suppy & Demand'. Lagi kerap kita pam, lagi banyak susu yang akan dikeluarkan. Cadangan saya, untuk ibu yang bekerja, boleh pilih 3 waktu untuk memerah susu, iaitu sebelum pergi kerja, semasa lunch hour, dan sejurus sebelum pulang ke rumah dari pejabat. 

2.Banyakkan minum air
Air adalah komponen utama susu ibu .Sebaik-baiknya air yang berunsur kalsium seperti milo,horlicks dan lain-lain. Kerap minum air membantu ibu untuk kekal hydrated. Apabila ibu kekal hydrated, ibu akan kekal cergas bertenaga susu pun makin mudah untuk flow.


3.Emosi stabil & ceria 
Penghasilan susu berkait rapat dengan penghasilan hormon oxytocin. Hormon ini hanya boleh dihasilkan apabila ibu ceria dan mempunyai emosi yang stabil.Hormon oxytocin akan seterusnya merangsang penghasilan hormon prolaktin, yang juga digelar sebagai hormon keibuan. Hormon oxytocin +hormon prolaktin membantu merangsang penghasilan susu ibu yang melimpah-ruah & banyak.


#Semoga bermamfaat;=)

Sunday 14 December 2014

Menangani Si Comel Menangis

Apabila si comel anda menangis, perasaan kita sebagai ibubapa akan menjadi tidak tenteram. Kita menjadi risau. Kebiasaannya si comel menangis sebab:-

1. Saya mahu makanan 
Lapar adalah sebab utama bayi anda menangis. Bayi yang lebih kecil lebih berkemungkinan menangis kerana lapar, kecuali dalam tempoh satu atau dua hari selepas dilahirkan kerana pada ketika ini dia hanya minum sedikit sahaja. Jika anda mengamalkan penyusuan badan, anda mungkin sedar akan perkara ini, kerana susu awal atau kolostrum yang sangat pekat dikeluarkan dalam jumlah yang sedikit. Anda juga mungkin sedar bahawa susu mula keluar dengan banyak sekitar hari ketiga. 


Perut bayi yang kecil tidak dapat menyimpan begitu banyak. Oleh itu, dia akan kerap lapar. Jika bayi anda menangis, cuba berikan dia susu kerana besar kemungkinan dia sedang lapar. Dia tidak akan berhenti menangis dengan serta merta, tapi teruskan penyusuan jika dia mahu, dan dia akan mula bertenang apabila perutnya terisi. 




2. Saya tidak selesa

Bayi sudah tentu akan membantah jika lampin mereka basah.  Si comel anda akan menjerit dan minta lampin ditukarkan dengan segera, terutama sekali jika kulit mereka terasa gatal atau tidak selesa. 





3. Saya memerlukan kehangatan 
Setengah bayi tidak suka ditukarkan lampin atau dimandikan. Mereka tidak biasa merasa udara menyentuh kulit mereka dan lebih suka dibalut panas. 

Berhati-hatilah supaya tidak memakaikan terlalu banyak lapis baju, sehingga dia akan terlalu panas. Satu petua ialah dengan mengingati yang dia memerlukan satu lapis pakaian lebih daripada anda untuk rasa selesa. Jika dia berada di katil, cuba gunakan cadar atau selimut berlubang-lubang sebagai alas tilam dan bukannya selimut tebal supaya anda boleh menambah atau membuang satu lapisan apabila perlu. Anda boleh memeriksa samada bayi anda terlalu panas atau sejuk dengan menyentuh perutnya: jika dia terasa terlalu panas, buangkan satu lapisan selimut, jika dia sejuk, tambah satu. Jangan berpandu kepada suhu tangan atau kakinya kerana adalah normal bagi kaki dan tangan terasa agak sejuk. 




4. Saya mahu pelukan 

Bayi sangat suka dipeluk dan dimanjakan. Bayi akan menjadi tenang jika dia boleh nampak anda dan mendengar suara anda, tetapi bayi yang baru lahir lebih memerlukan sentuhan fizikal untuk menjadi selesa. Setengah ibubapa bimbang bayi mereka akan menjadi terlalu manja jika selalu dipeluk, tetapi sebenarnya pelukan itu menjadikan bayi anda membesar menjadi anak yang penyayang,berani,berdikari dan keyakinan diri yang tinggi.


5. Saya mahu berehat 

Memang mudah bagi kita menyangka yang bayi akan tertidur apabila mereka mengantuk, tidak kira di mana mereka berada kerana kebanyakan bayi berbuat demikian. Tetapi, jika bayi anda telah mendapat terlalu banyak perhatian - mungkin hari itu sibuk dan ramai pelawat datang ke rumah. Bayi anda mungkin terlalu terangsang dan mendapati sukar untuk "tutup suis" dan bertenang. 

Bayi yang baru lahir kebiasaanya sukar untuk mengurus rangsangan yang terlalu banyak pada satu-satu masa hingga boleh menjadi gelisah. Cahaya lampu, bunyi bising dan saudara mara yang mahu menarik perhatiannya cukup membuatkan dia resah.


Apabila bayi anda menangis, mungkin dia cuba memberitahu anda, "Saya dah tak tahan lagi". Jika anda bawa dia ke tempat yang tenang dan senyap, kurangkan ransangan secara perlahan, dia mungkin akan mengeskspresikan perasaannya dengan menangis sekejap sebelum betenang dan terus tidur.





6. Saya sakit

Jika anda telahpun memberi bayi makan dan memastikan dia selesa, tetapi dia masih terus menangis, anda mungkin tertanya-tanya samada dia sakit atau mengalami kesakitan. Bayi yang sakit lazimnya menangis dengan suara yang berlainan daripada tangisan biasa. Tangisan kesakitan mungkin berbunyi cemas atau nyaring. 

Begitu juga dengan bayi yang sering menangis; sekiranya dia mula diam, ini mungkin petanda yang dia kurang sihat. Yang paling penting untuk diingati ialah tiada siapa yang mengenali bayi anda seperti anda sendiri. Jika anda rasa mungkin ada masalah tertentu, teruslah bawa bayi anda berjumpa doktor. 


7. Saya perlukan sesuatu ... tetapi saya tak tahu apa yang saya mahu 
Kembung  didefinisikan sebagai tangisan yang tidak dapat ditenangkan yang berlangsung selama sekurang-kurangnya tiga jam sehari, tidak kurang daripada tiga hari dalam seminggu. Keadaan itu tidak akan berlanjutan lebih dari tempoh tiga bulan. Semakin membesar penyakit kembung perut ini akan berkurangan.





Cara Mengatasi

1.Bedung & peluk
Bayi baru lahir menunjukkan kegemaran untuk rasa rapat dan selamat, sama seperti masa di dalam rahim

2.Buaikan 
Kebanyakan bayi suka dibuai perlahan-lahan, dan anda mungkin dapati bahawa bayi anda boleh ditenangkan dengan cara ini, iaitu samada dengan mendodoinya sambil berjalan atau meletakkannya di pangkuan sambil anda duduk di kerusi goyang. Buaian bayi yang khas atau kain gendong tradisional boleh menenangkan sesetengah bayi, manakala sesetengah yang lain pula lebih selesa jika bergerak dengan laju dan terus tertidur apabila dibawa berjalan dalam kereta.



3.Urutan 
Mengurut atau menggosok belakang atau perutnya dengan perlahan boleh membantu menenangkannya. Jika anda nampak dia seperti dalam kesakitan akibat kembung, cuba susukan dia dalam posisi tegak dan tepuk belakangnya dengan lembut selepas penyusuan dengan menyandarkannya di bahu anda. Bayi yang menghidap kembung perut kadang-kala rasa selesa jika perut mereka digosok.

4.Biarkan bayi anda menghisap sesuatu
 

Bagi setengah bayi baru lahir, dorongan untuk menghisap amat kuat dan menghisap puting atau jari boleh memberi ketenangan. 


Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir merupakan tugas yang berat. Menjadi ibu atau bapa bayi baru lahir yang banyak menangis adalah tugas yang lebih berat lagi. Dapatkan bantuan dan sokongan apabila anda memerlukannya, jangan tunggu sampai masalah itu menjadi teruk. Dan bertenanglah dengan mengingatkan bahawa setiap hari, apabila bayi semakin membesar, dia akan mempelajari cara-cara baru untuk mengkomunikasikan keperluan dia kepada anda. Secara perlahan-lahan, apabila dia mula berbuat demikian, tangisan ituakan berhenti.













Friday 12 December 2014

Manfaat Pelukan Kepada Anak

Pelukan adalah medium paling efektif untuk menyatakan rasa cinta kepada anak.Sebuah pelukan mampu memberikan rasa tenang, nyaman, aman, hangat,  dan tenteram kepada si anak. Bahkan pelukan dapat menimbulkan ikatan kasih sayang yang kuat antara anak dan ibubapa. Mendapat pelukan membawa maksud mendapat sokongan dan memupuk rasa percaya kepada diri. 


Kehadiran hormon endomorfin yang muncul saat berpelukan dapat mengurangkan ketegangan saraf dan tekanan darah dalam badan. Bahkan kajian menunjukkan, bahawa anak yang sering mendapat pelukan daripada ibubapanya akan lebih cepat untuk sembuh daripada penyakit. Selain itu,pelukan juga mampu membentuk peribadi anak-anak yang mulia.



Manakala pelukan seorang ayah mampu menjadi media untuk menyalurkan keberanian kepada si anak  untuk berinteraksi dengan persekitaran luar rumah. Anak yang sering mendapat pelukan daripada ayahnya cenderung menjadi anak yang berani dan berdikari untuk berhadapan dengan dunia luar.


Pelukan kepada bayi yang baru sahaja lahir berupaya mengaktifkan sejenis mikroorganisme yang membuatkan daya imunisasi tubuh bayi semakin kuat. di samping itu, ia juga mampu mempercepatkan perkembangan tubuh badan dan IQ. . Secara psikologi, anak yang sering mendapat belaian, sentuhan dan pelukan kasih sayang daripada ibubapanya akan membesar menjadi anak yang penyayang, mempunyai tubuh badan yang sihat, sentiasa berasa tenang dan memiliki kepercayaan diri yang tinggi.





Thursday 11 December 2014

Merah di Kaki Langit

Nafasnya beralun dengan tenang. Wajahnya damai, menyejukkan mata yang memandang.Tanganku laju membelai wajahnya. Dari mata turun ke hidung dan singgah ke bibir merah itu. Indahnya ciptaan tuhan ini. 


Aku bertuah memilikinya. Kehadirannya menghiasi hari-hariku. Ada hari-hari suka. Kadang-kadang sedih. Kadang- kadang berlaku perang dingin kerana perselisihan faham. Segala episod kehidupan ini dia selalu ada disisiku. Menemani hari-hariku.  



Wednesday 10 December 2014

Simanja Lincah Membaca

Simanja Lincah membaca



Anda hanya memerlukan 10 minit sehari untuk mengajar si manja membaca.

1 sesi hanya 2 ke 3 minit sahaja

Apakah yang ibu dan ayah patut lakukan supaya sistem pembelajaran ini berkesan!!!!!

So,yang utama mesti:-
  • Pastikan simanja dalam keadaan sihat & ceria.

  • Pastikan simanja dah kenyang  
  • Pastikan simanja dlm keadaan bersih & selesa
  • Pastikan simanja gembira,seronok & enjoy belajar
  • Pastikan orang yang mengajar dalam keadaan emosi yang seronok , komited & bersabar dengan kerenah simanja  

Kemudian

Mulakan dengan memperkenalkan perkataan disekeliling simanja, seperti ibu,ayah ,adik,pen & susu.Ibu & ayah mesti rajin berkomunikasi dengan simanja.

Petua terbaik mengajar simanja adalah:-
  • Rangsangan sebanyak mungkin dengan selalu bersembang & bermain-main 

  • Tarik minat simanja dengan bahan pembelajaran
  • Kenalpasti minat simanja
  • Memperkenalkan benda yang berada di persekitaran simanja
  • Mulakan dengan yang perkataan yang mudah dahulu
  • Pembelajaran haruslah menggunakan bahasa yang jelas, kuat, perkataannya yang besar dan ada pengulangan. Ini kerana untuk belajar, simanja tidak belajar daripada mata ke otak tetapi daripada telinga ke otak.
  • Semakin banyak mereka terlibat sama dalam sesi pembelajaran, semakin mudah untuk mereka menangkap sesuatu perkataan. Maka seharusnya aktiviti pembelajaran ini patut melibatkan komunikasi dua hala yang menarik dan interaktif. Bila simanja anda berasa seronok, pasti mereka mahu lagi dan lagi.



 Ajar sahaja simanja membaca,jangan kisahkan simanja anda faham atau tidak. Percayalah simanja anda sebenarnya belajar walaupun masa yg diambil hanya sekitar 1-2 minit, semua yang diajar akan diterima & disimpan.  Simanja akan merespon apabila diuji. Tetapi sebenarnya simanja tidak suka diuji. Jadi ibu ,jangan kerap menguji !!Memang sukar untuk melihat simanja memberi tumpuan tetapi cubalah& banyakkan bersabar. InsyaAllah berjaya



Mulakan mengajar membaca seawal usia bayinya 

Semoga bermamfaat!!!!!!!!

Tuesday 9 December 2014

Melentur Buluh Biar Dari Rebungnya

Kisah si Amin


Mama: Hari ni Amin tak boleh tengok cerita Upin Ipin

Amin: Kenapa hari ni tak boleh tengok Upin Ipin?
.
Mama: Sebab Amin tak basuh kasut sekolah dan tak kemas katil lepas bangun tidur.Dari tadi mama tengok Amin bermain dengan kawan-kawan je.Sebagai denda tak boleh tengok tv dari petang ni sampai malam nanti.
.
Amin: Ala mama.........
Mama:No...no....mama takkan tarik denda tu.Amin buat salah,kena belajar bertanggungjawap dan bersedia terima hukuman.OK???
Amin: Oh? Ok la.... ok la. Amin buat sekarang.
.
Mama: Terima kasih anak mama yang handsome ni sebab menjadi anak yang baik dan mendengar kata. Sini mama sayang sikit!!!!!!!!!
==========================================
Ayat lembut dan tegas lebih menyentap dan memberi pengajaran kepada anak.
Jika dipukul, mereka akan berdendam dengan kita
Hargai dan puji kebaikan mereka

Adakah anda mengamalkan didikan sebegini?
.
.
Semoga bermanfaat ya!! ;)