Tuesday 2 December 2014

Diet Selepas Bersalin

Bagaimanakah mengurangkan berat badan selepas bersalin?




Diet yang berkhasiat akan mempercepatkan proses pemulihan selepas bersalin, dan membantu anda menghadapi cabaran sebagai seorang ibu.

Anda boleh mula membuat beberapa senaman ringan seperti berjalan, senaman lantai pelvis dan regangan, sebaik sahaja anda rasa cukup bertenaga. Tetapi anda harus menunggu kira-kira enam minggu sebelum mula melakukan senaman yang lebih agresif dan lasak. 
Berikut adalah tips-tips menurunkan berat badan selepas bersalin:-

  •  Breastfeeding

  • Oleh kerana badan anda memerlukan tenaga untuk menghasilkan susu untuk bayi, anda memerlukan kira-kira 300 hingga 500 lebih kalori setiap hari. Walau bagaimanapun, sebilangan tenaga tambahan yang diperlukan ini akan diperolehi daripada simpanan lemak sedia ada. Ia bukan sahaja mengecutkan rahim tetapi membantu anda untuk cepat mendapat kembali bentuk badan ideal.

  • Breakfast

  • Amalan sarapan pagi boleh meningkatkan metabolisme badan dan menyebabkan kadar pembakaran tenaga berlaku lebih cepat. Perlu diingatkan juga jangan skip makan tengah hari dan malam. 
  • Minum air

  • Bagi ibu yang melahirkan dan menyusukan anak, badan memerlukan banyak air. Minumlah antara 10 hingga 12 gelas air sehari. Untuk memastikan adakah anda sudah minum secukupnya, perhatikan warna urin anda. Jika urin anda berwarna kuning, ia menandakan anda sedang mengalami dehidrasi. Disarankan anda minum lebih banyak air agar tubuh sentiasa berasa segar.

  • Makanan Seimbang & berserat

  • Makan sekurang-kurangnya lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari makanan beserta makanan berserat tinggi seperti oat, kekacang, bijirin dan biji-bijian dalam diet and. Jadi buah-buahan sebagai ketika anda terasa lapar di antara waktu makan.. Ambil makanan seimbang yang mencakupi buah-buahan, sayur-sayuran, daging, ikan dan makanan rendah lemak daripada produk tenusu. Kurangkan makanan bergoreng, makanan segera, kek dan minuman bergas. Roti wholemeal adalah digalakkan untuk menggantikan nasi.

  • Olahraga

  • Walaupun dalam keadaan berpantang, tidak semestinya anda tidak boleh melakukan olahraga. Tidak perlulah untuk terus bergegas ke gym. Lakukan sahaja latihan di rumah. Latihan dengan bayi seperti membawa bayi anda berjalan-jalan dengan kereta sorong atau menggendongnya sudah cukup membakar kalori anda.

  •  Makan Hanya Ketika Lapar

  • Bagi memastikan anda tidak makan berlebihan, jangan menyerah kalah dengan keinginan melampau untuk sentiasa makan.Jangan melewatkan waktu makan hanya kerana ingin lebih cepat langsing. Anda perlu ingat bahawa anda masih menyusui bayi dan bayi perlu mendapatkan kesemua nutrisi penting untuk tumbesaran awalnya.

  •  Sertai Kelas Olahraga Pasca Kelahiran

  • Ambil tahu tempat-tempat yang menawarkan olahraga khusus bagi ibu yang melahirkan di kawasan kediaman anda. Ini adalah cara yang baik untuk menurunkan berat badan. Tambahan, anda akan bertemu dan berinteraksi dengan ibu-ibu lain. Tentunya dapat lebih banyak faedah jika saling bertukar pendapat. Sebaiknya, susui bayi dahulu sebelum mula berolahraga.

#Biar lambat asalkan selamat#

TIADA JALAN PINTAS

No comments:

Post a Comment