Friday 12 December 2014

Manfaat Pelukan Kepada Anak

Pelukan adalah medium paling efektif untuk menyatakan rasa cinta kepada anak.Sebuah pelukan mampu memberikan rasa tenang, nyaman, aman, hangat,  dan tenteram kepada si anak. Bahkan pelukan dapat menimbulkan ikatan kasih sayang yang kuat antara anak dan ibubapa. Mendapat pelukan membawa maksud mendapat sokongan dan memupuk rasa percaya kepada diri. 


Kehadiran hormon endomorfin yang muncul saat berpelukan dapat mengurangkan ketegangan saraf dan tekanan darah dalam badan. Bahkan kajian menunjukkan, bahawa anak yang sering mendapat pelukan daripada ibubapanya akan lebih cepat untuk sembuh daripada penyakit. Selain itu,pelukan juga mampu membentuk peribadi anak-anak yang mulia.



Manakala pelukan seorang ayah mampu menjadi media untuk menyalurkan keberanian kepada si anak  untuk berinteraksi dengan persekitaran luar rumah. Anak yang sering mendapat pelukan daripada ayahnya cenderung menjadi anak yang berani dan berdikari untuk berhadapan dengan dunia luar.


Pelukan kepada bayi yang baru sahaja lahir berupaya mengaktifkan sejenis mikroorganisme yang membuatkan daya imunisasi tubuh bayi semakin kuat. di samping itu, ia juga mampu mempercepatkan perkembangan tubuh badan dan IQ. . Secara psikologi, anak yang sering mendapat belaian, sentuhan dan pelukan kasih sayang daripada ibubapanya akan membesar menjadi anak yang penyayang, mempunyai tubuh badan yang sihat, sentiasa berasa tenang dan memiliki kepercayaan diri yang tinggi.





No comments:

Post a Comment